02
Feb
10

Muar Photography Challenge

salam..pada 31 Januari yang lalu,saya dan isteri menyertai Muar Photography Challenge yang dianjurkan oleh penembak2 tepat dari muar.terima kasih kepada rakan2 di muar kerana sudi menjemput kami menggempur markas2 yang telah dikenalpasti..operasi ini bermula pada pukul 5.30 petang dimana para penembak melapor diri.Sesudah mendengar taklimat ringkas dari komander,para penembak terus mengangkat senjata masing2 untuk pergi ke lokasi.sampai di tempat kejadian mereka pun terus berbalas tembakan sampai ke senja..sungguh dasyat pertempuran di tepi pantai tanjung mas itu..almaklumlah..otai2 semuanye yang datang tu..kami ni pulak budak baru blajar menembak..walaupun x menang tp banyak pengalaman dan pengetahuan baru diperolehi  semasa menyertai cabaran ini.cerita seterusnya kite tengok gambar2 di bawah..layann..

para peserta berkpul sebelum pergi menembak..

Di tempat kejadian tembak-menembak..

Aku ditembak oleh isteriku..

tertembak isteriku sendiri..

sedang menembak..

sudah menembak

perancangan strategik ke markas seterusnya..

antara air tangan aku

hasil buruan..

hasil buruan..

Menggempur bandar muar

hasilnya..

06
Jan
10

Majlis perkahwinan Muslimin & Hafizah

salam…rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua..tahun baru, azam baru,umur baru,semangat baru…semoga apa yang diimpikan tertunai pada tahun baru ini..entry kali ini memaparkan majlis perkahwinan Muslimin dan Hafizah yang berlansung pada 18&19 disember yang lalu.Majlis ini berlansung di kediaman Hafizah yang bertempat di Jempol, Negeri Sembilan..ini merupakan kali kedua saya diberi kepercayaan untuk menjayakan majlis keluarga ini.Special thanks to ACA kerana menolong saya menjayakan majlis bersejarah pengantin ini.Berikut merupakan custom album 10×30..kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan.kepada kedua mempelai, semoga ikatan yang terjalin ini kekal abadi hingga akhir hayat..amin..

29
Dec
09

trip to indonesia

salam..entry kali ni lain pulak ceritanye..kali ni ni saje nak share gambar kami ke indonesia pada 16-20 disember lalu..bulan 12 ni memang busy gile ngan keja.so, ade kesempatan pergila bercuti sekejap..ingatkan pegi bercuti ni dapatla berehat..rupe2nye lagi penat.lebih2 lagi bile ikut kaum hawa ni berjalan..hari ke-3 terus demam..hehhe..tp rugila kalu xjalan kan.ape pun pengalaman ke Jakarta dan bandung ni memang best..

di Gunung tangkuban perahu,salah satu kawah yang masih aktif di Bandung

Monas( Monumen Nasional) yang terletak di Jakarta. Puncak menara ini Disaluti emas seberat 37kg.kalu tumbang ni                         kaye oo..hehehe

hasil seni indonesia

antara sculpture yang terdapat di jakarta

sisa2 jajahan belanda

nasi ni memang sedap.tp lupe name die..

29
Dec
09

Majlis akad nikah firuz abadi & shikin, pulau pinang

salam..entry kali ni kita pergi jauh ke utara iaitu di Pulau Pinang yang menyaksikan detik2 bahagia bagi pasangan Firuz abadi & Syikin . kali ni kita layan majlis akad nikah je. Majlis ini berlansung pada 13 Disember 2009 yang lalu. terima kasih kepada saudara firuz yang merupakan rakan seperjuangan semasa di unimas kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk merakamkan detik2 bahagia bersama shikin yang juga merupakan teman seperjuangan. setelah melalui ranjau berduri akhirnya pasangan ini dinikahkan selepas asar di Masjid Seberang Jaya. tahniah diucapkan kepada mereka berdua.Dalam banyak2 majlis perkahwinan 2009 ni, majlis ni la yang paling saya tunggu.kalu depa x ajak pun saya nak mai jugak.kenapa??hanya saya dan pengantin saja yang tau..hehehe.. semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal hingga akhir nanti.Pesanan buat firuz, hang jaga elok2 noh..toksah sondoi merata..hehehhe..meh kita tengok detik2 bersejarah mereka..

Saat dinikahkan..Yan( baju melayu oren) begitu serius mendengar lafaz dari rakannya.heheh

alhamdulillah..fuh..lega.tgok muka dia,dia xsabaq nak melonjak riang dah tu..hehhe

tu dia…gelak punya besaq…sebelum nikah senyum pun susah..

10K

Tanda ikatan mereka..mahai oo..

perbezaan ketara(depa paham la tuh)hehehe

kucupan pertama seorang suami…

comei..

sakan noh..

cak!!

sama cantik sama padan..

aku doakan semoga hang pa kekal bahagia hingga hujung nyawa..

tanda ikatan kami..

hantaran

29
Dec
09

Majlis Perkahwinan Lt (maritim) nasri & dr zalilah, melaka

salam..terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Lt (maritim) nasri & Dr zalilah yang telah melansungkan perkahwinan pada 4,5&6 Disember di kediaman Dr Zalilah di Bemban, Melaka . Sesi outdoor pula kami pergi ke Taman Botani Ayer keroh.Memang meriah taman tu kerana semasa kami di sana lebih dari sepuluh pasangan pengantin yang sedang brgambar. Tempatnya memang cantik.Terima kasih diucapkan kepada Lt (maritim) nasri kerana memberi saya kepercayaan untuk merakamkan detik2 bahagia beliau bersama isteri. terima kasih juga kepada keluarga Lt (maritim)t nasri dan dr zalilah kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang majlis mereka.semoga ikatan yang terjalin ini kekal abadi hingga hujung nyawa..amin.

29
Dec
09

Majlis perkahwinan Fadhli & Rozanah, nilai negeri sembilan

salam…entry kali ini memaparkan majlis perkahwinan Fadhli & Rozanah yang berlansung di kediaman Fadhli di Nilai Negeri sembilan.. Terima kasih kepada keluarga fadli kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi fotografi. Kepada rakan2 fadli juga diucapkan terima kasih kerana sama-sama menjayakan sesi fotografi.semoga fadli dan zana kekal hingga ke akhir hayat..amin.

09
Dec
09

Majlis Perkahwinan Faizal & Sue

Salam..entry kali ini pula memaparkan Majlis Perkahwinan Faizal & Sue di Kg Ulu Ladang, Negeri Sembilan.Terima kasih kepada Sue kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik2 manis bersama suami.Thanks to Abg Nas kerana membantu saya untuk sesi photography. Kali ni kita layan Custom Design plak.Asyik layan sticky je boring gak kan..Sue memang ambik pakej Custom sahaja.jadi tiada gambar sticky.. di bawah ini merupakan sebahagian daripada Custom Design Album mereka. Kalau sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan sekarang.hehe.Apapun, Selamat Pengantin Baru Buat Sue & Faizal..Semoga kekal abadi hingga ke hujung nyawa..amin..

20
Nov
09

Majlis perkahwinan ida

slm…Setelah sekian lama menyepi baru la dapat update blog ni..almaklumla cuti sekolah,musim tengkujuh…ramai yang melansungkan perkahwinan.alhamdulillah rejeki bertambah la sket. Entry kali ini memaparkan majlis Perkahwinan Ida dan suaminya yang berlansung pada bulan lepas.. Ida ni adik kepada member saye yang juga photographer.Dulu abang dia ACA tu tolong saya. Kali ni balas budi la plak kan..majlis akad nikah dan malam berinai dilansungkan pada malam yang sama.Thanks to Ajoi kerana sudi membantu sambil belajar.huhu..memang puas shoot gmbr pengantin malam ni. thanks to ida n hubby dan kawan kawan yang begitu sportingkerana sudi memberi kerjasama dengan baik.apa pun LAYAN….

Aca in Action

Thanks to Ajoi

Sesudah tamat pengntin pose,kami plak pose…bukan senang nak interframe ni..asyik gambar org je…huhuuh

09
Nov
09

majlis perkahwinan zakaria & farah

salam…Tanggal 31 oktober termeterailah sudah ikatan dua hati iaitu zakaria dan farah. Majlis akad nikah berlansung pada 31hb oktober dan bersanding pada 1 november. Majlis yang gilang gemilang ini berlansung di kediaman farah yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan. Terima kasih diucapkan kepada keluarga Farah yang sudi memberi kepercayaan untuk merakamkan detik-detik indah puteri mereka. 4

5

8

6

7

10

11

9

3

2

1

12

06
Nov
09

Istiadat Penganugerahan Sandang Silat Gayong

Assalamualaikum..Entry kali ini memaparkan  upacara yang pada kiraan saya sungguh unik dan jarang dapat kita lihat. Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Khairul  dari Kumpulan Gendang Silat Gemala Kasturi kerana sudi menjemput saya ke upacara yang penuh istiadat ini. Semoga adat yang dijunjung ini akan kekal hingga ke hujung dunia.Harapan saya, adanya gambar-gambar sebegini dapat memberi pendedahan kepada generasi muda khususnya agar seni yang diwarisi ini tidak hilang ditelan zaman..wassalam..

anurerah selendang12Menunggu keibaan Tuanku

anurerah selendang10

anurerah selendang9Ikrar Silat Gayong

anurerah selendang1Kumpulan Gendang Silat Gemala Kasturi

anurerah selendangKumpulan Gendang Silat Gemala Kasturi

anurerah selendang11Saudara Khairul Hafiz (Serunai Fakir)

anurerah selendang5Saudara Khairul Hafiz (Serunai Fakir)

anurerah selendang7Persembahan Silat

anurerah selendang2

anurerah selendang3

anurerah selendang4Para penerima Sandang

anurerah selendang8

kenanganGambar kenangan Para Penerima Sandang